Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Pihak bertelagah di Yaman digesa patuhi gencatan senjata

Konflik wujudkan krisis kemanusiaan paling buruk di dunia

SANAA, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Amerika Syarikat (AS) menggesa pihak yang bertelagah di Yaman mematuhi sepenuhnya gencatan senjata sementara yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“AS menyambut baik pengumuman PBB mengenai genjatan senjata selama dua bulan itu dan persetujuan pihak yang bertelagah terhadap syaratnya,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Negara Antony Blinken.

Beliau berharap perdamaian sementara itu, andai dilaksanakan sepenuhnya, dapat menghentikan pertempuran dan serangan sekurang-kurangnya 60 hari sekali gus memudahkan penyerahan bantuan yang sangat diperlukan kepada berjuta-juta rakyat Yaman ketika Ramadan.

Pada Jumaat, pihak bertelagah di Yaman sepakat untuk menghentikan semua serangan udara, darat dan maritim.

Gencatan senjata sementara itu berkuat kuasa mulai 7 malam Sabtu (waktu tempatan).

Yaman dicengkam keganasan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila puak Houthi yang bersekutu dengan Iran menawan sebahagian besar negara itu, termasuk bandar raya Sanaa.

Menurut PBB, konflik itu telah mewujudkan satu daripada krisis kemanusiaan buatan manusia yang paling buruk di dunia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button