Berita UtamaDunia

3 pejuang Briged al-Quds maut ditembak askar rejim Zionis

Tentera nafi bantuan perubatan, tahan ambulans hampiri lokasi kejadian

RAMALLAH, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Askar negara pengganas Israel membunuh tiga rakyat Palestin awal pagi Sabtu ketika serangan hendap di bandar Jenin, di utara Tebing Barat yang diduduki.

Menurut saksi, sebuah bas putih menghalang kenderaan yang membawa tiga lelaki itu pada jam 2 pagi waktu tempatan berhampiran persimpangan kampung Arraba, barat daya Jenin dan berhampiran dengan pusat pemeriksaan Israel Dotan.

“Pasukan khas Israel kemudian keluar dari bas dan mula melepaskan tembakan ke arah tiga lelaki itu,” katanya kepada Middle East Eye.

Tiga lelaki berkenaan dikenali sebagai Saeb Abahra, 30, Khalil Tawalbeh, 24, dan Saif Abu Libda, 25.

Ketiga-tiga mereka adalah anggota Briged al-Quds (Saraya al-Quds), sayap tentera gerakan Jihad Islam Palestin.

Mayat mereka ditahan oleh rejim Zionis selepas operasi yang berlangsung selama kira-kira sejam.

Pasukan keselamatan Israel mendakwa, ketiga-tiga lelaki itu melepaskan tembakan ke arah mereka apabila tentera cuba menahan warga Palestin tersebut yang menyebabkan berlakunya tembakan.

Sejurus selepas tembakan bermula, sejumlah besar tentera Israel tiba di tempat kejadian, kata saksi.

Katanya lagi, tentera Israel tidak memberikan bantuan perubatan kepada tiga lelaki berkenaan.

Bulan Sabit Merah Palestin juga berkata, tentera menghalang ambulans daripada menghampiri lokasi kejadian.

Pemimpin Jihad Islam di Jenin, Khader Adnan mengecam operasi yang menunjukkan kekerasan oleh tentera Israel.

Katanya, tentera melakukan dua jenayah iaitu membunuh tiga rakyat Palestin kemudian menafikan mereka bantuan perubatan.

“Di manakah Palang Merah Antarabangsa dan institusi hak asasi manusia antarabangsa yang bekerja di Palestin berhubung jenayah yang dilakukan oleh tentera pendudukan terhadap kami.

“Peringkat politik Israel akan membayar harga darah para syuhada Palestin,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button