
BANGI, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Sebanyak 56 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, daripada jumlah itu, 11 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Angka korban terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 35,069 orang, daripada 4.2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Selain itu, sejumlah 201,232 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 196,491 individu kuarantin di rumah manakala 555 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 3,925 dimasukkan ke hospital.
Data tersebut juga menunjukkan sejumlah 261 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 153 lagi memerlukan mesin ventilator.