Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama

Dijangka jumlah kenderaan akan meningkat menjelang petang

KUALA LUMPUR, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal setakat 1 tengah hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar kecuali dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan di KM130.

“Kita menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat menjelang petang kerana kebanyakan mereka sudah pulang ke ibu kota selepas mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyambut Ramadan pertama di kampung semalam,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik atau Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button