Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Sri Lanka laksana perintah berkurung selepas isytihar darurat

Keadaan darurat perlu bagi lindungi ketenteraman awam

COLOMBO, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Kerajaan Sri Lanka mengenakan perintah berkurung pada hujung minggu bermula Sabtu ini.

Langkah itu dilaksanakan walaupun ratusan peguam menggesa Presiden Gotabaya Rajapaksa membatalkan keadaan darurat berikutan pergolakan mengenai bahan api dan kekurangan lain dalam krisis ekonomi yang mendalam.

Jabatan Penerangan berkata, perintah berkurung di seluruh negara akan dijalankan mulai jam 6 petang pada Sabtu hingga 6 pagi pada Isnin.

Rajapaksa memperkenalkan darurat pada Jumaat menimbulkan kebimbangan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Kuasa darurat pada masa lalu telah membenarkan tentera menahan suspek tanpa waran, tetapi syarat kuasa semasa masih belum jelas.

Rajapaksa berkata, keadaan darurat diperlukan bagi melindungi ketenteraman awam dan mengekalkan bekalan serta perkhidmatan penting.

Berang dengan kekurangan bahan api dan barangan keperluan lain, ratusan penunjuk perasaan bertempur pada Khamis dengan polis serta tentera di luar kediaman Rajapaksa ketika mereka menggesa pemecatan beliau selain membakar beberapa kenderaan pasukan keselamatan.

Polis menahan 53 orang dan mengenakan perintah berkurung di dalam serta sekitar Colombo pada Jumaat untuk membendung tunjuk perasaan tidak dijangka yang lain.

Kedai dibuka dan lalu lintas normal pada Sabtu, manakala polis kekal ditempatkan di beberapa stesen minyak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button