Dunia

Taliban larang penanaman popi di Afghanistan

Tindakan tegas akan diambil, musnah tanaman serta-merta

KABUL, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Taliban mengumumkan larangan penanaman popi di Afghanistan dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap petani yang menanam tanaman itu.

Bermula Ahad, pemimpin tertinggi Taliban, Haibatullah Akhundzada mengarahkan larangan penanaman popi di seluruh negara.

“Sekiranya sesiapa melanggar perintah itu, tanaman akan dimusnahkan serta-merta dan mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah,” menurut arahan yang diumumkan dalam sidang akhbar Kementerian Dalam Negeri di Kabul.

Arahan itu menyatakan bahawa pengeluaran, penggunaan atau pengangkutan berkaitan narkotik juga diharamkan.

Afghanistan adalah pengeluar popi terbesar di dunia, sumber getah yang ditapis menjadi heroin, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran serta eksportnya berkembang pesat.

Kawalan dadah menjadi permintaan utama komuniti antarabangsa kumpulan Islamis, yang mengambil alih negara itu pada Ogos, dan sedang mendapatkan pengiktirafan antarabangsa secara rasmi untuk menarik balik sekatan yang menjejaskan perbankan, perniagaan serta pembangunan.

Ini bukan kali pertama Taliban berikrar untuk mengharamkan perdagangan itu.

Pengeluaran telah diharamkan pada tahun 2000, sejurus kumpulan itu digulingkan oleh tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS) selepas serangan 11 September.

Ketika pemberontakan 20 tahun mereka terhadap tentera asing, Taliban mengenakan cukai yang banyak kepada petani yang mengusahakan tanaman di kawasan bawah kawalan mereka.

Afghanistan hampir memonopoli ke atas candu dan heroin, menyumbang 80 hingga 90 peratus daripada pengeluaran global, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button