Berita Utama

Tarbiah Muda ISMA lancar program Ngaji Ramadan

Bantu mereka yang tidak boleh baca al-Quran perbaiki diri

BANGI, 1 Ramadan 1443H, Ahad – Kira-kira 70 peratus umat Islam di negara ini dipercayai tidak membaca al-Quran.

Atas dasar itu, Tarbiah Muda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Biro Dakwah ISMA mengambil inisiatif melancarkan program Ngaji Ramadan yang akan berlangsung sepanjang bulan mulia ini.

Menerusi satu kenyataan, Pemuda ISMA berkata, program ini menyasarkan penyertaan seramai 1,320 orang peserta.

Katanya, peserta akan dibimbing oleh ahli-ahli ISMA yang bertauliah di setiap 44 cawangan ISMA seluruh negara.

Menariknya, selain yuran percuma, peserta boleh memilih sama ada mahu bertadarus secara fizikal bersama-sama peserta lain ataupun secara dalam talian dengan waktu yang lebih fleksibel.

“Objektif program ini untuk menghidupkan semula jiwa-jiwa masyarakat Malaysia yang cintakan al-Quran, di samping menggalakkan mereka yang tidak boleh membaca al-Quran untuk sama-sama belajar dan memperbaiki diri.

“Semoga Ramadan kali ini menjadi satu perubahan pada diri kita, membawa seribu kerahmatan serta keinsafan yang berkekalan kepada semua umat Islam,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyertai program Ngaji Ramadan boleh menekan pautan https://bit.ly/NgajiRamadanIsma untuk mendaftar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button