Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Tinggikan nilai kehambaan di bulan Ramadan

Ibadah puasa sedia jiwa seseorang untuk bertakwa kepada Allah SWT

RAMADAN adalah bulan yang mendidik iman dan ketundukan seorang hamba terhadap Tuhannya Allah Rabbul Izzati. Ramadan adalah bulan yang menanam sifat insaniatul insan dalam diri seorang iaitu  menjadikan manusia sebagai hamba kepada Tuhan.

Tanda iman seorang hamba adalah apabila ia tunduk dan patuh kepada Allah. Mengikut ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW dengan sebenar-benar ikutan dan dengan penuh ketaatan.

Islam menuntut kita memberikan ketundukan kita dalam segenap aspek kehidupan bermula dengan akidah. Akidah yang jelas akan membawa hidup kita kepada jalan yang betul dalam hidup. Akidah yang benar tidak akan membenarkan kita mengikut dan menurut pemahaman-pemahaman barat yang bertunjangkan kepada humanisme.

Pemikiran yang berasaskan kepada individu dan memberikan kebebasan kepada individu  dalam  menentukan pilihan hidup, baik  dalam beragama, berpendapat maupun dalam menuntut haknya. Pemikiran yang  cuba memisahkan kebergantungan manusia dari unsur agama.

Islam meletakkan kita adalah hamba Allah. Hamba yang perlu menurut ketentuan dan ajaran Allah. Kita perlu tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah kerana kita telah berikrar bahawa hanya Allah yang kita sembah dan tunduk.

Inilah yang dinamakan insaniatul insan iaitu menjadikan manusia sebagai hamba kepada Tuhan dan membebaskan diri dari ketundukan kepada manusia dan selain Tuhan.

Hakikat inilah yang tersirat dalam persyariatan berpuasa. Jelas di dalam firman Allah dalam ayat 183 Surah al Baqarah bahawa ibadah puasa adalah untuk menjadikan kita insan bertakwa.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Takwa adalah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala yang ditegah.

Ibadat puasa menyediakan jiwa seseorang untuk bertakwa kepada Allah SWT dengan meninggalkan keinginannya semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah SWT.

Tidak bertindak sesuka hati melainkan merujuk kepada al Quran dan ajaran Nabi. Tidak menuntut kebebasan sehingga melanggar fitrah diri. Tidak melakukan maksiat sesuka hati atas nama hak asasi. Tidak cenderung kepada ajaran dan pemahaman selain Islam ajaran yang benar.

Dengan itu, akan terdidiklah jiwa orang yang berpuasa untuk meninggalkan keinginannya dengan penuh kesabaran. Seterusnya akan terdidiklah jiwa rasa kehambaan dan kepatuhan kepada Allah.

Untuk itu, hayatilah Ramadan dengan penuh ikhlas dan kesungguhan. Moga semakin tinggi nilai insaniatul insan dan kehambaan kita kepada Tuhan sekalian alam.

Dr Suriani Sudi

Ketua Wanita ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button