Dunia

Kabinet baharu Sri Lanka, 4 menteri angkat sumpah

Banyak lagi nama dijangka diumum dalam masa terdekat

COLOMBO, 2 Ramadan 1443H, Isnin – Sri Lanka pada Isnin menyaksikan empat menteri baharu mengangkat sumpah di hadapan Presiden Gotabaya Rajapaksa, lapor Xinhua.

Menurut Pejabat Presiden, mereka terdiri Menteri Kewangan, Menteri Luar, Menteri Pendidikan dan Menteri Lebuhraya.

Banyak lagi nama dijangka diumumkan dalam masa terdekat bagi menganggotai barisan Kabinet baharu jika parti pembangkang bersetuju membentuk kerajaan campuran.

Bantahan meletus di Sri Lanka sejak beberapa hari lepas yang mendesak kerajaan mengambil langkah segera menyelesaikan krisis ekonomi, isu bekalan elektrik dan kekurangan bahan api.

Berikutan itu, pada Ahad menteri Kabinet sebelum ini melepaskan jawatan.

Pada Isnin, Presiden Rajapaksa mempelawa semua parti politik menyertai kerajaan campuran bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button