Dunia

Gencatan senjata sementara untuk evakuasi bermula di Ukraine

Berkuat kuasa di Kyiv, Kharkiv, Chernigiv, Sumi dan Mariupol

MOSCOW, 6 Syaaban 1443H, Rabu – Gencatan senjata sementara antara tentera Rusia dan Ukraine bermula pada Rabu bagi membolehkan pelaksanaan proses evakuasi orang awam di lima bandar utama di Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata itu berkuat kuasa di bandar Kyiv, Kharkiv, Chernigiv, Sumi dan Mariupol pada 10 pagi waktu Moscow (0700GMT).

Delegasi Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan ketiga di bandar Belarusia Brest pada Isnin yang berakhir dengan perkembangan “agak positif” berhubung isu kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai Ukraine.

Konflik Rusia-Ukraine yang bermula 24 Feb itu telah mencetuskan kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 861 cedera di Ukraine manakala kira-kira dua juta penduduk telah melarikan diri ke negara jiran. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button