Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Ukraine dakwa 410 mayat orang awam ditemukan di Bucha

Russia nafi bunuh orang awam ketika undur dari bandar Kyiv

KYIV, 2 Ramadan 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya 410 mayat orang awam ditemukan di bandar Bucha berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv.

Ketua Pendakwa Raya Ukraine, Iryna Venediktova mendakwa, setakat ini, 410 mayat orang awam yang terbunuh telah dibawa keluar dari wilayah Kyiv.

“Pendakwa raya dan pakar lain telah memeriksa 140 daripada mereka dan siasatan juga sedang dijalankan,” katanya pada Ahad.

Semalam, Kementerian Pertahanan Russia menafikan bahawa tenteranya membunuh orang awam ketika berundur dari bandar berhampiran Kyiv.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggesa organisasi antarabangsa menghantar pakar mereka ke negara itu secepat mungkin, untuk mengumpul bukti jenayah perang yang dilakukan tentera Russia.

Sabtu lalu, Penasihat kepada Presiden Ukraine, Mikhail Podolyak mendakwa mayat orang awam dengan tangan berikat dan ditembak mati oleh tentera Russia, ditemukan bergelimpangan di jalanan di Bucha.

Perang Russia-Ukraine sejak 24 Februari lalu telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, di mana Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Britain melaksanakan sekatan kewangan yang ketat ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,417 orang awam terbunuh di Ukraine dan 2,038 yang lain cedera, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih 4.1 juta rakyat Ukraine juga telah melarikan diri ke negara lain, dan jutaan lagi dilaporkan hilang tempat tinggal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button