Berita Utama

Aidilfitri: RM500 untuk penjawat awam, RM250 pesara

Pembayaran akan dibuat bersama gaji bulan April: PM

KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April 2022.

“Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ismail Sabri berkata pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

Katanya, pemberian itu juga sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas tersebut dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button