Berita UtamaDunia

Bank Dunia lulus geran US$8 juta kepada Pihak Berkuasa Palestin

Lanjutan daripada Projek Pengurusan Kewangan Awam yang pertama

WASHINGTON, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Bank Dunia meluluskan geran bernilai US$8 juta sebagai pendahuluan kepada sistem Pengurusan Kewangan Awam (PFM) bagi pembangunan Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Fasa kedua penambahbaikan sistem PFM dilakukan bagi mengukuhkan institusi itu sekali gus diyakini mampu meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam menyokong kestabilan fiskal.

Pengarah Bank Dunia bagi Tebing Barat dan Gaza, Kanthan Shankar berkata, meningkatkan belanjawan PFM adalah strategi pihaknya kepada rakyat Palestin untuk mencapai pembangunan yang mampan.

“Akauntabiliti dan ketelusan yang lebih besar dalam penggunaan sumber awam membantu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan bagi memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Kanthan berkata, inisiatif terbaharu itu merupakan lanjutan daripada Projek Pengurusan Kewangan Awam yang dijalankan.

Katanya, ia bagi membantu mengenal pasti jurang dalam bidang kritikal seperti pengurusan aliran tunai yang menyebabkan pembayaran tertunda kepada kontraktor.

Katanya lagi, walaupun projek itu ditambah baik tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

Sementara itu, Pakar Tadbir Urus Bank Dunia, Riham Hussien berkata, projek itu dibina susulan fasa pertama dan merangkumi bidang intervensi baharu seperti penyediaan belanjawan dan pentadbiran hasil.

Projek mampu menangani akauntabiliti kewangan dan menaik taraf sistem Pengurusan Maklumat Kewangan termasuk pelaksanaan belanjawan kepada kakitangan PA untuk mengendalikan sistem. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button