Pendapat

Bezakan di antara diampuni dosa dan beroleh pahala

Fokuslah pada pengampunan, di samping tambah kualiti dan kuantiti amalan

BEZAKAN di antara diampuni dosa dan beroleh pahala

Yang pertama penyebab masuk syurga, yang kedua pula meningkatkan martabat dalam syurga.

Fokuslah pada pengampunan, di samping menambahkan kualiti dan kuantiti pada amalan.

Pengampunan boleh diperoleh dengan munajat yang penuh kesungguhan, penyesalan dan iktiraf bahawa diri dipenuhi dosa dan kekurangan.

Biasakan dan latih diri untuk menganggap diri kita sebagai debu yang tidak bernilai di hadapan Tuhan, bahawa tiada sekelumit kurniaan Tuhan yang layak kita peroleh melainkan semata-mata ihsan dan belas kasihan daripada-Nya, dan bahawa tiada sekelumit kesakitan atau kesulitan yang menimpa melainkan semuanya adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita.

Waqfah (Hentian dan renungan) begitu, lebih bernilai daripada dunia dan seisinya, dan bahkan lebih besar daripada semua amalan yang diharapkan padanya pahala.

Atas sebab itu kita dapat fahami kenapa Rasulullah SAW mengajar Saidatina Aisyah RA berdoa ketika malam-malam Ramadan, khususnya Lailatul Qadr :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, cintakan keampunan, maka ampunkanlah aku”

Benar, nilai keampunan tidak akan dapat dibayar dengan sejuta satu amalan yang diharapkan padanya pahala. Ini kerana keampunan itu disandarkan kepada zat-Nya, manakala pahala itu disandarkan kepada kurniaan-Nya.

Ambil peluang Ramadan ini untuk memutik kembali hubungan dengan Tuhan, di samping mengumpul ganjaran dan pahala di akhirat.

إذا صح منك الود فالكل هين
وكل الذي فوق التراب تراب

“Apabila telah sah cinta-Mu padaku, maka semua perkara menjadi ringan (tidak bernilai),
Dan kesemua yang berada di atas tanah itu, hanyalah tanah”

Moga Allah ampuni dan redhai kita semua.

Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button