Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

Berukuran 6.0 pada skala Richter gegarkan wilayah Maluku

JAKARTA, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada Selasa namun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gegaran yang berlaku pada 8.44 pagi waktu Jakarta (0144 GMT) itu turut dirasai di wilayah Sulawesi Utara tetapi tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi Indonesia.

Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana wilayah Maluku Utara, Fehbi Alting berkata tiada kerosakan atau kemalangan jiwa di laporkan termasuk di bandar Gelela, kawasan paling teruk terjejas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button