Berita Utama

Hina Naib Canselor: Bekas pelajar UM diperintah bela diri

Mahkamah tetapkan 4 hingga 7 Julai sebagai tarik perbicaraan

BANGI, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintah Wong Yan Ke supaya membela diri terhadap pertuduhan menghina bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Abdul Rahim Hashim, tiga tahun lalu.

Peguam Yan Ke, Tan Wei Shin berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah berpuas hati apabila kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Yan Ke,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Sementara itu, Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menetapkan 4 hingga 7 Julai sebagai tarikh perbicaraan.

Wei Shin menjelaskan mahkamah menetapkan satu lagi tarikh sebutan lain pada 17 Mei untuk pihak pembelaan mengemas kini bilangan saksi yang akan dipanggil.

Timbalan Pendakwa Raya Fahiran Nor Jihan Mukhtar mengendalikan kes pendakwaan.

Graduan Jurusan Kejuruteraan Sivil yang merupakan koordinator di Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada Majlis Konvokesyen UM ke-59 di Dewan Tunku Canselor, Oktober 2019.

Dia yang juga Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany) ketika itu, mencetuskan kekecohan semasa menerima skrolnya apabila membawa plakad bantahan di atas pentas dan menuntut peletakan jawatan Naib Canselor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button