Berita UtamaDunia

Israel lulus bina tembok pemisah dari Umm Al-Fahm ke Baitulmaqdis

Fasa pertama projek bertujuan 'ilhak' lebih banyak tanah Palestin

TEL AVIV, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Ketua tentera pengganas Israel, Aviv Kohavi meluluskan keputusan untuk mempercepatkan pembinaan tembok apartheid baharu dari kawasan Salem, timur bandar Umm Al-Fahm di Israel ke kota Baitulmaqdis yang diduduki.

Radio Israel mendakwa, tembok konkrit itu seperti yang dibina di Tebing Barat.

Tembok pemisah, yang bermula di perkampungan Salem di utara Tebing Barat, adalah fasa pertama projek baharu yang bertujuan untuk ‘mengilhak’ lebih banyak tanah Palestin.

Bahagian ini bermula dari bandar Umm Al-Fahm di Israel ke penempatan Elkana, timur Kafr Qassem.

Tembok sepanjang 128 kilometer (km) juga didirikan di antara kampung Baqa Al-Sharqiah dan Baqa Al-Gharbiyye.

Tembok itu akan membahayakan sebilangan penduduk Palestin yang tinggal di kawasan yang terletak di barat Garisan Hijau di Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button