Berita Utama

Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi

67.4 peratus individu dewasa sudah terima dos penggalak

KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Sebanyak 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah menerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 1,351,441 kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama atau 38 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 15,862,983 individu dewasa atau 67.4 peratus daripada populasi itu di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,955,496 individu atau 97.6 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 23,231,190 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,727 individu atau 91.8 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,995 individu atau 94.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,081 dos vaksin telah diberikan semalam, membabitkan 2,630 dos pertama, 8,155 dos kedua dan 11,296 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,016,063 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 28 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak dan Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu masing-masing enam kes diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing satu kematian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button