Berita UtamaDunia

Moscow sekat visa ke atas rakyat negara ‘tak mesra’ Russia

Langkah dibuat sebagai tindak balas sekatan ke atas Ukraine

MOSCOW, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani dekri pada Isnin memperkenalkan sekatan visa untuk warga negara yang dianggap ‘tidak mesra’ sebagai tindak balas kepada sekatan ke atas Ukraine.

Dekri itu – yang berkuat kuasa semalam – menangguhkan pengeluaran visa Russia yang dipermudahkan dengan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) serta Norway, Switzerland, Denmark dan Iceland.

Ia juga mengarahkan Kementerian Luar Russia dan badan lain membuat keputusan untuk memperkenalkan sekatan kemasukan peribadi ke atas warga asing dan warga tanpa kerakyatan yang melakukan tindakan tidak mesra terhadap Russia, rakyatnya atau entiti undang-undang negara itu.

Bulan lalu kerajaan Russia meluluskan senarai negara tidak mesra termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, negara EU dan Ukraine, antara yang lain.

Russia menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine pada 24 Februari lalu dalam ‘operasi khas’ untuk merendahkan keupayaan ketenteraan jirannya di selatan dan memerangi pengaruh ‘nazi’ di Ukraine.

Tentera Ukraine telah melancarkan tentangan sengit dan Barat mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Russia dalam usaha memaksa Moscow menarik balik tenteranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button