Uncategorized

RUU Anti Lompat Parti: Pandangan, komitmen PN diambil kira

Input, pandangan semua pihak diambil kira semasa gubal RUU

BANGI, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Segala pandangan dan komitmen bersama wakil Perikatan Nasional (PN) akan diambil kira dalam draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Anti Lompat Parti dan Tempoh Pemegangan Jawatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pertemuan merupakan sebahagian perancangan siri sesi libat urus dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU, JPM).

Katanya, ia bagi memastikan input dan pandangan semua pihak diambil kira semasa penggubalan RUU ini.

“Petang ini saya bersama wakil Parti Perikatan Nasional bagi membincangkan persoalan dasar RUU Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri.

“Dalam sesi ini juga, wakil Jabatan Peguam Negara turut menjelaskan draf Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Anti Lompat Parti dan Tempoh Pemegangan Jawatan Perdana Menteri.

“InsyaAllah segala pandangan, idea dan komitmen yang diberikan semasa libat urus ini akan diambil kira dalam draf akhir Rang Undang-Undang ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pertemuan berlangsung di Parlimen sebelum sidang khas Dewan Rakyat diadakan, 11 April ini.

Katanya, perkara itu seterusnya akan dibawa ke Kabinet dan Parlimen untuk dibahaskan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button