Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Tragis! 4 kanak-kanak maut akibat serangan rejim Bashar

Peluru berpandu sasar mangsa ketika perjalanan ke sekolah

BEIRUT, 3 Ramadan 1443H, Selasa – Empat kanak-kanak maut dalam serangan peluru berpandu rejim Bashar Al-Assad di barat laut Syria yang dikuasai pemberontak pada Isnin.

Menurut pasukan pertahanan awam dan sumber tempatan, kanak-kanak itu dalam perjalanan ke sekolah di bandar Maaret al-Naasan, utara wilayah Idlib, apabila peluru berpandu rejim Bashar menyasarkan kawasan tersebut membunuh tiga daripada mereka serta-merta.

Katanya, seorang lagi kemudiannya meninggal dunia akibat cedera parah.

“Adegan itu sangat mengerikan sehingga tidak dapat digambarkan. Mayat kanak-kanak itu rosak teruk.

“Apa yang ditemui seorang kanak-kanak itu hanyalah kakinya. Tidak ada kemusnahan di sekeliling mereka, tetapi mayat mereka berkecai,” kata sukarelawan pertahanan awam, Laith al-Abdullah.

Terdahulu, serangan kerajaan pada 12 Februari membunuh enam orang di Maaret al-Naasan, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak.

Pekan itu – di pinggir bandar yang terletak titik pemerhatian Turki – terletak di barisan hadapan antara tentera kerajaan dan pemberontak.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, tidak jelas mengapa rejim itu menyasarkan kawasan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button