Berita Utama

RON97 turun 10 sen

RON95, diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter

BANGI, 4 Ramadan 1443H, Rabu – Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM3.91 seliter kepada RM3.81 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 7 sehingga 13 April ini.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button