Pendapat

Bolehkah rayuan mereka ditolak?

Pendidikan adalah permulaan kepada kejayaan masa depan

PUSAT Pendidikan Islam al-Huda (PPIH) di Kuala Bibang, Semporna Sabah ini hanya boleh menempatkan 90 orang murid sahaja.

Namun, seramai 116 orang telah mendaftarkan diri di permulaan sesi persekolahan 2022.

Bolehkah ditolak harapan mereka?

Sedangkan ia adalah satu-satunya peluang pendidikan sebegini yang ada di kawasan pedalaman tersebut.

PPIH Kuala Bibang adalah cawangan kepada Pusat Pendidikan al Huda Pekan Dua, Semporna yang menempatkan lebih 400 remaja untuk mempelajari al-Quran, Kafa dan kemahiran 3M.

Di atas alasan inilah, maka Yayasan Ikhlas (YI) terus memberikan keutamaan kepada projek pendidikan dan pembangunan asnaf di pedalaman Sabah dan Sarawak.

YI akan membangunkan dua buah sekolah agama rakyat (SAR) di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 2022 ini bagi menampung pendidikan agama kepada 420 remaja.

Pendidikan adalah permulaan kepada perubahan dan kejayaan masa depan.

Mari bersama kami membangunkan SAR di pedalaman Sabah, http://sekolahagama.com

Peduli, Prihatin
Yayasan Ikhlas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button