Berita UtamaDunia

Makin banyak masjid di Perancis ditutup

21 masjid ditutup kononnya sebar ekstremisme di negara itu

PARIS, 4 Ramadan 1443H, Rabu – Semakin banyak masjid ditutup oleh Perancis, tanpa penelitian yang sewajarnya.

Reuters memetik sumber Kementerian Dalam Negeri melaporkan, pada hari Selasa bahawa pihak berkuasa Perancis telah menutup 22 masjid dalam tempoh 18 bulan lalu.  

Ia merupakan peningkatan yang ketara daripada jumlah gabungan sepanjang tiga tahun sebelumnya.

Laporan itu menambah bahawa pihak berkuasa telah menyiasat kira-kira 90 daripada jumlah keseluruhan kira-kira 2,500 tempat ibadat Islam di Perancis kerana disyaki menyebarkan ideologi ‘pemisah’.

Kerajaan Perancis mengumumkan bahawa ia akan menetapkan pemeriksaan dan kawalan tetap untuk persatuan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin yang muncul di LCI televisyen Perancis pada Ahad berkata, 21 masjid yang menunjukkan tanda ekstremisme ditutup di negara ini.

Wakil masjid berkata, dakwaan penyebaran radikalisme disokong dengan bukti yang kurang.

Sementara itu, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perlindungan Hak Asasi Manusia, Fionnuala Ni Aolain berkata, dakwaan itu memberi pihak berkuasa kebebasan bertindak untuk menutup tempat ibadat dengan prosedur.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melaksanakan pelbagai undang-undang dan langkah yang bertujuan menangani umat Islam yang mencabar nilai sekular Perancis.

Pada Oktober 2017, lima bulan selepas Macron naik ke tampuk kuasa, Parlimen Perancis menerima pakai undang-undang baharu yang memperkukuh kuasa pengawasan polis dan memudahkan untuk menutup masjid.  

Di bawah undang-undang 2017, Kementerian Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk menutup tempat ibadat sehingga enam bulan jika disyaki menghasut keganasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button