Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian

Tertuduh dibenar ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin

KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1443H, Rabu – Seorang pengurus kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, bulan lepas.

Mohamad Nazrin Ramli, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia dituduh memandu kenderaan Myvi di bawah pengaruh alkohol sebanyak 71 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah, melebihi 21 mg alkohol daripada had yang ditetapkan, tidak berdaya mengawal kenderaan itu dan menyebabkan kematian Ramli Abdul Ajit, 40.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Kuching menghala pusat bandar di sini, pada 12.10 malam, 12 Mac lepas.

Mohamad Nazrin dituduh mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin manakala peguam J.Thilagavathy yang mewakili Mohamad Nazrin memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang belum berkahwin menanggung ibu yang uzur.

Majistret Amanina Mohamad Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan lesennya digantung sementara menunggu kes selesai serta menetapkan 2 Jun untuk sebutan kes.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button