Berita UtamaDunia

Penempatan haram akan terus dibina di Tebing Barat

Tidak akan ada 'pembekuan' pembinaan: PM Israel

RAMALLAH, 4 Ramadan 1443H, Rabu – Meskipun mendapat kecaman masyarakat dan badan antarabangsa, negara pengganas Israel tetap akan meneruskan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Memetik laporan Agensi Berita Anadolu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, kerajaan akan terus membina penempatan di Judea dan Samaria (Tebing Barat).

Tegasnya, tidak akan ada ‘pembekuan’ membina penempatan.

“Perkara akan berlaku dengan teratur,” katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh Radio Tentera Israel.

Dalam perkembangan lain, Bennett berkata, perkhidmatan keselamatan Israel kononnya menggagalkan lebih 15 serangan besar di Tebing Barat dan Israel.

“207 suspek telah ditahan dalam beberapa hari kebelakangan ini,” katanya.

Minggu lalu, Bennett mengumumkan penempatan pasukan tentera tambahan di Tebing Barat susulan serangan berturut-turut, merekodkan 11 warga Israel terbunuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button