Berita Utama

Azmin mungkin tak tanding PRN

Selepas 7 penggal, kini bagi laluan pada tokoh muda dalam PN

SHAH ALAM, 2 Zulkaedah 1444H, Isnin – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mohamed Azmin secara peribadi berkata, sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding setelah beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tujuh penggal.

Beliau berkhidmat masing-masing tiga penggal di Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa manakala satu penggal di DUN Hulu Kelang.

“Ramai yang berpotensi dalam PN dan saya akan terus memberikan khidmat serta sumbangan saya kepada perjuangan PN dan inilah yang sedang saya lakukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini malam tadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button