Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

COVID-19: Sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu semalam

Kes baharu kekal di bawah paras 15,000 untuk 5 hari berturut-turut

KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1443H, Khamis – Angka kes sembuh COVID-19 yang direkodkan di Malaysia semalam mengatasi jumlah kes baharu dengan 21,029 kes, menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,083,183, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu pula kekal di bawah paras 15,000 untuk lima hari berturut-turut, namun menunjukkan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 dengan 12,105 kes semalam berbanding 12,017 kes pada Selasa (5 April), menjadikan kumulatif kes di negara kini 4,280,591 kes.

“Daripada kes baharu yang dicatatkan semalam, 564 kes dimasukkan ke hospital dengan 221 kes atau 39.2 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 343 kes atau 60.8 peratus adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata hanya Selangor mencatat peratusan pengisian 50 peratus atau lebih bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam, iaitu 55 peratus.

Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada negeri yang mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

Beliau berkata pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 122 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator adalah 14 peratus.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiada kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah kluster yang aktif kini adalah 151 kluster.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula kekal 0.86 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.99 dan Labuan mencatat kadar paling rendah dengan 0.00. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button