Berita Utama

Pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguh lagi

Dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’

BANGI, 5 Ramadan 1443H, Khamis – Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan – walaupun didesak banyak pihak supaya disegerakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu tidak dibentangkan pada sidang khas akan datang sebaliknya dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’.

“Ya, ia telah ditangguhkan,” katanya seperti dipetik The Star.

Beliau bagaimanapun berkata, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan kelak.

Pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu bermakna RUU akan ditangguhkan buat kali kedua.

Ia pertama kali dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu, hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.

Pautan terdahulu;

RUU Anti Lompat Parti: Pandangan, komitmen PN diambil kira

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button