Berita UtamaDunia

Rejim Zionis hanya benar lelaki 50 tahun ke atas tunai solat di Masjid al-Aqsa

Jemaah umur 40 hingga 49 terpaksa dapatkan permit sebelum masuk pekarangan

BAITULMAQDIS, 5 Ramadan 1443H, Khamis – Pihak berkuasa rejim Zionis mengeluarkan sekatan baharu kepada rakyat Palestin yang akan memasuki Masjid al-Aqsa bermula Jumaat depan.

Menerusi undang-undang baharu yang diumumkan penyelaras pejabat perhubungan rakyat, hanya kaum lelaki yang berusia 50 tahun ke atas sahaja dibenarkan memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Manakala, lelaki berusia 40 hingga 49 tahun memerlukan permit daripada negara haram Israel sebelum memasuki kawasan suci berkenaan.

Namun, undang-undang itu tidak menghadkan umur bagi kaum hawa.

Ketegangan di kawasan itu semakin memuncak sejak akhir-akhir selepas Menteri Luar Israel, Yair Lapid membuat lawatan ke kawasan tersebut dengan kawalan ketat pasukan tentera pengganas.

Sebelum ini, Mesir mengutuk tindakan kekerasan yang dilakukan rejim Zionis
secara berterusan terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Kementerian Luar Mesir menggesa serangan dihentikan serta-merta terutama sepanjang bulan Ramadan dan menyifatkan keganasan itu bukan sahaja menghalang kestabilan yang diingini tetapi akan menyebabkan ketegangan berterusan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button