Berita UtamaDunia

Tiada bukti sokong penggunaan suntikan dos ke-4 vaksin COVID-19

Agensi kesihatan EU setuju dos ke-4 diberi kepada warga emas berusia 80 tahun ke atas

BRUSSELS, 5 Ramadan 1443H, Khamis – Tiada bukti yang menyokong penggunaan dos keempat vaksin COVID-19 dibangunkan oleh Pfizer dan Moderna dalam populasi umum.

Bagaimanapun, agensi kesihatan Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan, dos penggalak kedua untuk individu berusia 80 tahun ke atas.

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam kenyataan bersama berkata, tiada bukti jelas di EU bahawa perlindungan vaksin terhadap penyakit teruk semakin berkurangan dengan ketara pada orang dewasa dengan sistem imun normal berumur 60-79 tahun.

Pun begitu, kedua-dua agensi itu memberi amaran bahawa kemungkinan perlu mempertimbangkan dos keempat dalam kumpulan umur itu jika keadaan epidemiologi berubah.

EMA dan ECDC bersetuju dos keempat boleh diberikan kepada individu dewasa berusia 80 tahun dan ke atas.

Pengesyoran itu dibuat seminggu selepas Menteri Kesihatan Eropah menggesa, eksekutif blok itu untuk menyokong suntikan COVID-19 keempat untuk golongan berusia lebih 60 tahun bagi meningkatkan imuniti sekiranya tiada vaksin yang melindungi secara khusus daripada varian Omicron.

Satu kajian dari Israel menunjukkan bahawa warga emas menerima dos penggalak kedua vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 mempunyai kadar kematian 78 peratus lebih rendah daripada penyakit itu berbanding mereka yang hanya mempunyai satu.

Agensi itu berkata, tiada bukti konklusif mengenai ‘nilai tambah dos keempat’ pada mereka yang berumur di bawah 60 tahun.

Berikutan itu, agensi akan mempertimbangkan masa terbaik untuk dos tambahan, mungkin mengambil kesempatan daripada vaksin yang dikemas kini apabila kempen vaksin semula bermula pada musim luruh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button