Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Uncategorized

60 koperasi seluruh negara terjejas akibat COVID-19

SKM akan perkasa perniagaan dalam talian, longgar peraturan demi pertingkat aktiviti koperasi

BANGI, 6 Ramadan 1443H, Jumaat – Hampir 60 koperasi di seluruh negara terjejas selepas negara dilanda wabak COVID-19 manakala hampir 30 peratus daripada 14,600 koperasi yang didaftarkan dikategorikan sebagai tidak aktif.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron berkata, pihaknya akan mempelbagaikan aktiviti termasuk memperkasakan perniagaan secara dalam talian bagi membangunkan semula koperasi secara lebih kompetitif selain mengaktifkan koperasi yang sebelum ini terjejas berikutan COVID-19.

“Mungkin ini cara bagi menaikkan semangat terutama koperasi yang berada dalam keadaan ‘dormant’ atau tidak aktif.

“Pada masa sama kita cuba lihat mana-mana peraturan yang boleh dilonggarkan supaya aktiviti koperasi dapat dipertingkatkan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Pada masa sama, Zazali menegaskan, sebanyak RM20 juta diperuntukkan sebagai bantuan menerusi program pemulihan bagi membantu menambah pendapatan koperasi serta dapat mengurangkan jumlah koperasi yang tidak aktif.

“Kaedah perniagaan dalam talian itu berpotensi diperluaskan ke koperasi bersasar kumpulan rendah seperti B40 yang ditubuhkan di kawasan perumahan golongan tersebut.

“Seperti kawasan flat, koperasi boleh buat kedai runcit. Atau yang seperti sebelum ini kita rancang mewujudkan sebanyak 300 koperasi masjid pada tahun ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button