Berita UtamaDunia

Masjid terbesar di Kabul jadi lokasi terbaharu serangan ganas

Bom tangan dilempar ke dalam masjid ketika jemaah solat Asar

KABUL, 6 Ramadan 1443H, Jumaat – Masjid terbesar di Kabul, Pul-e-Khishti menjadi lokasi terbaharu dalam serangan ganas di Afghanistan.

Kejadian tragis tersebut berlaku ketika umat Islam baru beberapa hari menjalani ibadat puasa sempena bulan Ramadan.

Dalam serangan berkenaan, kira-kira enam orang awam cedera selepas seseorang dipercayai melempar sebutir bom tangan ke dalam masjid terbesar di Kabul ketika jemaah sedang menunaikan solat asar.

Sementara itu, polis Kabul berkata, seorang telah ditahan selepas serangan di masjid Pul-e-Khishti yang telah di tengah bandar raya tersebut.

Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Itali yang mengendali pusat perubatan di bandar tersebut berkata, tujuh mangsa telah dikejarkan ke hospital dan memerlukan rawatan segera selepas berada dalam kritikal.

Manakala empat lagi dirawat di bahagian pesakit luar.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas insiden sama melibatkan serangan bom tangan dilemparkan ke kawasan pasar yang sesak.

Ia dilaporkan telah mengorbankan seorang orang awam yang tidak bersalah manakala 59 yang lain cedera.

Masjid Pul-e-Khishti terletak di tengah bandar dengan keadaan yang padat penduduk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button