Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

1,460 rakyat Palestin ditahan Israel sejak awal 2022

182 kanak-kanak turut jadi mangsa, jumlah tertinggi di Baitulmaqdis

RAMALLAH, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Pasukan pengganas Israel menahan 1,460 rakyat Palestin termasuk 182 kanak-kanak sejak awal tahun ini.

Pusat Kajian Tahanan Palestin dalam laporannya mendedahkan, bahawa penjajah Israel menahan rakyat Palestin hampir setiap hari.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa 38 peratus tahanan adalah dari Baitulmaqdis, yang terdiri daripada 560 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, laporan tersebut menyatakan bahawa pendudukan Israel telah menahan 182 kanak-kanak Palestin dan jumlah tertinggi juga direkodkan dari Baitulmaqdis.

Pusat itu menamakan empat kanak-kanak iaitu Mohammed Sonokrot, 9, dan Daud Hijazi, 11, dari kejiranan Al-Issawiyeh di Baitulmaqdis serta Qusai Jado, 11, dari Bethlehem dan Jenin Salman, 14, dari Al-Naqab.

Laporan itu mendedahkan bahawa pendudukan Israel telah meletakkan 34 kanak-kanak Palestin dari Baitulmaqdis di bawah tahanan rumah untuk tempoh berbeza dan mengenakan denda tinggi ke atas kebanyakan mereka yang ditahan sebelum dibebaskan.

Malah, laporan juga mendapati bahawa kanak-kanak diletakkan di bawah tahanan pentadbiran yang terkenal, seperti kes Amal Nakhleh dari Ramallah.

Pihak berkuasa pendudukan Israel telah memperbaharui penahanan pentadbirannya buat kali keempat, menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa menjalani tempoh tahanan paling lama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button