Berita UtamaDunia

Turkiye setuju terima Sweden jadi ahli NATO

Kedua-dua negara setuju kerjasama tentang keganasan

VILNIUS, 22 Zulhijjah 1444H, Selasa – Turkiye akhirnya membuat keputusan untuk bersetuju menyokong Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), keputusan terbesar berjaya dicapai sebelum Sidang Kemuncak tahunan NATO.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg menyifatkan keputusan yang berjaya dicapai itu sebagai langkah bersejarah selepas Presiden Recep Tayyip Erdoğan menarik balik bantahan terhadap penyertaan Sweden ke dalam perikatan itu dan akan membawa Parlimennya untuk meratifikasi secepat mungkin.

“Sweden akan menjadi ahli perikatan ini, kedua-dua negara bersetuju bekerjasama menentang keganasan untuk jangka masa panjang, yang akan diteruskan selepas penyertaan Sweden menjadi ahli NATO,” kata satu kenyataan oleh perikatan itu.

Terdahulu, Stoltenberg mengadakan perbincangan antara Erdoğan dan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson sebelum sidang kemuncak NATO dijadualkan bermula di Vilnius, Lithuania, yang berlangsung hari ini.

Malah, Sweden sebelum ini telah beberapa kali membuat konsesi kepada Turkiye untuk memujuk Erdoğan, Stoltenberg, Amerika Syarikat, serta sekutu NATO yang lain, selain cuba meyakinkan Erdoğan untuk menamatkan halangannya selama berbulan-bulan.

Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) berkata, Jake Sullivan berkata, Presiden Erdoğan juga sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Joe Biden menerusi panggilan telefon sebelum memutuskan untuk mengadakan pertemuan secara sulit sebelum memutuskan hal berkenaan.

Sehingga kini, hanya Hungary adalah satu-satunya anggota NATO lain yang masih belum meluluskan tawaran Sweden.

Tetapi pegawai Hungary sebelum ini, telah memaklumkan, pihaknya tidak menghalang proses berkenaan sekiranya pendirian Turkiye berubah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button