Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Pilihan Raya Presiden Perancis, undian pusingan pertama bermula

48.7 juta pengundi berdaftar layak mengundi, pilih 1 daripada 12 calon

PARIS, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (1800GMT) untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada pukul 7 malam waktu tempatan (1700GMT), kecuali di bandar-bandar besar seperti di Paris, Lyon, Bordeaux, Strasbourg, Nice dan Marseilles, yang akan dibuka sehingga 8 malam, lapor Agensi Anadolu.

Hampir 48.7 juta pengundi berdaftar layak mengundi untuk memilih satu daripada 12 calon bertanding.

Keputusan awal akan mula diketahui dari jam 8 malam selepas tamat waktu mengundi.

Dalam senario keputusan seri, yang jarang berlaku, dua calon teratas dengan undian terbanyak akan mara ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 24 April.

Kerajaan melonggarkan sekatan pandemik bagi memastikan penyertaan maksimum. Mereka yang disahkan positif dan menjadi kontak rapat seminggu sebelumnya boleh hadir mengundi dengan memakai pelitup muka.

Pas vaksin tidak diperlukan dan pemakaian pelitup muka juga tidak wajib namun digalakkan.

Perdana Menteri Jean Castex, Menteri Kewangan Bruno le Maire, Datuk Bandar Paris dan calon sosialis Anne Hidalgo, bekas Presiden Nicolas Sarkozy dan bekas perdana menteri Edouard Philippe adalah antara mereka yang sudah mengundi.

Tinjauan pendapat meramalkan Presiden Emmanuel Macron dari parti Republik yang memerintah, Marine Le Pen dari Barisan Nasional sayap kanan dan Jean-Luc Melenchon dari parti Unsubmissive Perancis berhaluan kiri sebagai tiga calon teratas dalam pusingan pertama. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button