Berita Utama

Belanja kawan berbuka puasa

Ramadan sediakan ruang raih pahala yang tak boleh dijangka

1. SELAIN hanya berpuasa, Rasulullah ﷺ menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda baginda ﷺ:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuka, tidak kurang sedikit pun dari pahala mereka.”

2. Sa’d ibn Ubadah bijak mengambil peluang ini. Beliau pernah menjamu baginda nabi berbuka sehingga Rasulullah ﷺ sendiri mendoakan ke atas beliau:

“أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

“Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

3. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, atas sebab itulah beberapa orang dari salafusoleh sangat menitikberatkan perkara ini. Abdullah ibn Umar dikatakan tidak berbuka melainkan bersama dengan anak yatim dan fakir miskin. Amalan yang sama dilakukan oleh Daud al-Ta’i, Malik ibn Dinar dan al-Imam Ahmad ibn Hanbal.

4. Ambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini menjamu sahabat, jiran, anak yatim, pelajar tahfiz atau sesiapa pun. Ramadan menyediakan kita ruang dan peluang yang luas untuk meraih pahala yang tidak boleh dijangka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button