Berita Utama

COVID-19: Angka kes sembuh atasi jumlah kes baharu

Selangor catat lebih 50 peratus penggunaan katil ICU

BANGI, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Angka kes sembuh COVID-19 yang direkodkan di Malaysia, semalam mengatasi jumlah kes baharu dengan 15,132 kes, menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,128,963.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu menurun kepada 10,177 berbanding 14,944 kes pada 8 April menjadikan kumulatif kes di negara kini 4,317,706 kes.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, daripada kes baharu yang dicatatkan semalam, sebanyak 486 kes dimasukkan ke hospital dengan 40.7 peratus (198 kes) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 288 kes (59.3 peratus) adalah kategori satu dan dua.

Mengenai penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, hanya Selangor mencatat peratusan pengisian 50 peratus atau lebih bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam iaitu 58 peratus.

Pada masa sama, beliau memaklumkan terdapat dua kluster baharu dan sebanyak 129 jumlah kluster aktif direkodkan setakat semalam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button