Berita Utama

Hakimah junjung titah Sultan Selangor

Ia berhubung keputusan yang telah dibuat oleh MKI

PUTRAJAYA, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa agensi itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Hakimah berkata beliau selaku Setiausaha MKI mengambil maklum titah Sultan Sharafuddin sebagai Pengerusi MKI melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh baginda.

“Jakim selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI,” menurutnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

Baginda bertitah Jakim hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI.

Hakimah dalam kenyataannya turut merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor terhadap tatakelola pentadbiran MKI. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button