Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

India kurangkan harga vaksin COVID-19

Kos Covishield SII turun kepada 225 rupee berbanding 600 rupee

MUMBAI, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Institut Serum India (SII) dan Bharat Biotech mengumumkan, pengurangan harga vaksin COVID-19 mereka, ketika negara ini merancang untuk menawarkan dos penggalak kepada semua golongan dewasa mulai Ahad.

Kos Covishield SII akan turun kepada 225 rupee satu dos berbanding 600 rupee untuk hospital swasta, kata Ketua Eksekutif, Adar Poonawalla di Twitter pada Sabtu.

“Selepas berbincang dengan kerajaan pusat, SII memutuskan untuk menyemak semula harga vaksin Covishield untuk hospital swasta,” katanya.

Kes jangkitan di India telah menurun ke tahap terendah dalam hampir dua tahun, dengan 1,150 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan 83 kematian.

SII – pembuat vaksin terbesar di dunia – menghasilkan vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZN.L) di bawah jenama Covishield.

Daripada 1.85 bilion dos vaksin yang dibekalkan India kepada 1.35 bilion penduduknya, 82 peratus adalah Covishield.

Bharat Biotech mengurangkan harga vaksin Covaxinnya kepada 225 rupee setiap dos daripada 1,200 rupee, kata pengarah urusan bersama syarikat itu, Suchitra Ella.

Individu yang berusia 18 tahun dan ke atas dan lengkap menerima dos kedua sembilan bulan lalu, akan layak untuk mendapatkan dos penggalak, kata Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Program penggalak – yang bermula sejak Januari – terhad kepada pekerja barisan hadapan dan warga emas, yang setakat ini telah memberikan 24 juta dos.

Apabila program dilanjutkan pada Ahad, mereka yang bukan dalam dua kategori utama itu perlu membayar harga suntikan di kemudahan dikendalikan secara persendirian, tanpa mencampur atau memadankan vaksin dibenarkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button