Dunia

Kejam! Lelaki Palestin 80 tahun parah dibelasah peneroka Israel

Mahmoud Hussein alami patah tulang, cedera di mata kiri

TULKARM, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Seorang lelaki warga emas Palestin dipukul dengan teruk oleh sekumpulan pendatang haram Israel ketika sedang mengembala kambing biri-birinya di kampung Kafr al-Labad di wilayah Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, peneroka yang bersenjatakan senapang menyerang dan membelasah Mahmoud Hussein, 80, yang ketika itu sedang membawa ternakannya meragut rumput di dalam tanahnya sendiri – yang terletak di sekitar penempatan haram penjajah Israel di Einav.

Mahmoud yang mengalami patah tulang dan kecederaan di mata kirinya telah dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Keganasan dan vandalisme oleh peneroka haram Israel adalah perkara biasa di Tebing Barat yang diduduki, malah perbuatan itu tidak pernah didakwa oleh pihak berkuasa pendudukan.

Lebih 600,000 warga Israel di penempatan haram Yahudi di seluruh Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat adalah melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button