Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

MAIDAM peruntuk RM12.5 juta bantu golongan memerlukan

19,042 KIR miskin antara penerima bantuan RM500 hingga RM700

BANGI, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan di negeri tersebut sempena Ramadan.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, seramai 19,042 Ketua Isi Rumah (KIR) golongan miskin dan 2,145 fakir menerima bantuan antara RM500 hingga RM700.

“Seramai 8,901 KIR yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang akan menerima bantuan RM700 manakala 10,141 KIR yang kurang tiga orang pula terima RM500.

“Pembayaran bantuan kepada golongan itu akan dimasukkan terus ke akaun penerima berkuat kuasa hari ini,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Sementara itu, Shaikh Harun berkata, bagi tahun ini MAIDAM tidak melaksanakan kutipan zakat di pasar raya dan pasar awam.

Sebaliknya, aktiviti kutipan zakat hanya dilakukan di masjid dan surau seluruh negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button