Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tarikh bubar Parlimen perlu dirunding bersama PN

Anggota PN bertemu PM bincang hal ehwal semasa rakyat, negara

BANGI, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya melibatkan Perikatan Nasional (PN) dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusi PN itu berkata, perkara itu adalah antara yang dibincangkan dalam pertemuan pimpinan-pimpinan anggota PN dengan Ismail Sabri di Sri Perdana, semalam.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pertemuan yang diikuti majlis berbuka puasa itu membincangkan hal ehwal semasa berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam pertemuan ini, YAB Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button