Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Ukraine haramkan import barangan dari Russia

Wujud mekanisme penyelarasan logistik pertanian, kumpulan kerja

KYIV, 8 Ramadan 1443H, Ahad – Kerajaan Ukraine mengharamkan import barangan dari Russia susulan perang yang tercetus antara dua negara itu sejak Februari lalu.

Wakil kerajaan ke Parlimen, Taras Melnychuk mengumumkan keputusan itu dalam siaran di Telegram selepas ia dimuktamadkan ketika mesyuarat Kabinet.

Kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan mekanisme Penyelarasan Logistik Pertanian dan kumpulan kerja bagi melindungi hak serta kebebasan warga Ukraine yang dipindahkan, kata Melnychuk.

Angka kematian orang awam dalam perang Russia-Ukraine meningkat kepada 1,766 orang dengan 2,383 cedera, menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia.

Jumlah rakyat Ukraine yang melarikan diri dari negara itu sejak permulaan perang juga telah melepasi 4.4 juta, menurut agensi pelarian PBB. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button