Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Yayasan Ikhlas ajak bantu penduduk pedalaman Long Pasia

Berhasrat bina masjid sebagai pusat komuniti umat Islam di pedalaman

TIGA minggu yang lalu, saya telah bermusafir ke Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Sipitang dan kemudian ke Kampung Long Pasia.

Perjalanan dengan menggunakan 4WD sejauh 300 kilometer (km) ini mengambil masa kira-kira tujuh jam termasuklah perjalanan sejauh 127 km melalui jalan batu kerikil yang berlubang dan berlopak di sana sini. Pengembaraan ini sangat mencabar dan biasanya hanya digunakan oleh lori-lori yang membawa kayu balak.

Sebaik sahaja tiba di Long Pasia, ketibaan kami disambut dengan penuh gembira oleh para mualaf di sana yang jarang sekali dikunjungi oleh orang luar.

Long Pasia terletak di pedalaman Sabah dan bersempadankan negeri Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Disebabkan kedudukannya yang terpinggir, umat Islam yang terdiri daripada para mualaf dan guru-guru di sana tidak berpeluang untuk merasai suasana seumpama solat berjemaah, solat Jumaat dan mempelajari ilmu agama di surau, apatah lagi di masjid.

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama MDN-Sabah yang diterajui oleh SS Datuk Mufti Sabah akan membangunkan masjid yang pertama dan akan beraksi sebagai pusat komuniti untuk umat Islam di pedalaman di sekitar Long Pasia.

Saya ingin menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan serta badan korporat untuk menyertai kami dalam membangunkan masjid dan pusat komuniti di Long Pasia ini.

Mari bersama kita hantarkan cahaya ke pedalaman di samping menyediakan bekalan buat kita di akhirat kelak.

Anda boleh turut menyumbang di sini, http://sedekahsini.com

Atau bank in ke: Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228
Ref: Masjid Long Pasia

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button