Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

EU dakwa terkejut Israel lakukan kekerasan berlebihan terhadap rakyat Palestin

Desak pembunuh ibu 6 orang anak dibawa ke muka pengadilan

BRUSSELS, 9 Ramadan 1443H, Isnin – Kesatuan Eropah (EU) mendakwa terkejut dengan tindakan tentera pendudukan Israel menembak mati seorang wanita Palestin berhampiran bandar Bethlehem yang diduduki.

Dalam satu kenyataan, EU berkata, pihaknya berasa ‘ngeri’ dengan tindakan Israel dan pada masa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap orang awam yang tidak bersenjata adalah tidak boleh diterima,” tegas kesatuan itu sambil menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan berkenaan.

EU turut mendesak supaya pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Ahad lalu, tentera pendudukan di pusat pemeriksaan berhampiran perkampungan Husan di barat Bethlehem menembak Ghada Ibrahim Sbatein dari jarak dekat.

Ibu kepada enam anak itu dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah

Rakyat Palestin telah melaporkan peningkatan keganasan oleh peneroka haram Israel dan pegawai keselamatan di Tebing Barat. – Agensi

Pautan terdahulu;

Zalim! Zionis tembak mati ibu tunggal ketika melintasi pusat pemeriksaan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button