Berita Utama

Isu PCSB: SPRM tahan eksekutif muda bukan CEO

9 individu disahkan ditahan sejak 8 April sehingga hari ini

BANGI, 9 Ramadan 1443H, Isnin – Eksekutif muda antara sembilan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Serentak itu, SPRM menafikan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PCSB seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.

“Dalam pada itu, suruhanjaya ini ingin menjelaskan bahawa seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut merupakan eksekutif muda (junior level executives) di PCSB dan bukannya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

“Manakala lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SPRM menerusi kenyataan itu turut mengesahkan penahanan sembilan individu terbabit yang dibuat sejak 8 April lalu sehingga hari ini.

Katanya, siasatan itu adalah hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button