Berita UtamaDunia

Israel serang lagi Damsyik

Tiga orang maut, termasuk dua askar Syria

DAMSYIK, 2 Muharam 1444H, Khamis – Serangan peluru berpandu rejim haram Israel berhampiran ibu negara Syria, Damsyik membunuh dua askar serta menyebabkan beberapa kerosakan material.

Agensi berita negara SANA memetik sumber tentera berkata, kira-kira jam 12:25 pagi, musuh Israel melancarkan serangan udara dengan letupan peluru berpandu dari arah Bukit Golan Syria yang diduduki, menyasarkan beberapa tempat di sekitar Damsyik.

Katanya, pertahanan udara Syria dikerahkan menentang peluru berpandu Israel dan menembak jatuh sebahagian besar daripadanya.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) – pemantau perang yang berpangkalan di Britain – berkata, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Ketuanya, Rami Abdulrahman memberitahu al-Hadath TV bahawa serangan Israel membunuh dua anggota militia yang bersekutu dengan Iran dan seorang askar Syria.

Tentera Israel enggan mengulas mengenai perkara itu.

Israel telah bertahun-tahun melancarkan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria, di mana pengaruh Iran telah berkembang sejak ia mula menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang bermula pada 2011. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button