Berita Utama

Anwar Ibrahim kekal Presiden PKR, menang tanpa bertanding

Bakal jadi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1443H, Selasa – Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati ramalan kekal mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR 2022.

Mengesahkan perkara berkenaan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ini merupakan satu penghormatan terbesar daripada akar umbi parti.

“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara @anwaribrahim,” katanya dalam satu ciapan dalam akaun Twitternya hari ini.

Sehingga pukul 11.59 malam tadi, apabila proses pencalonan ditutup, Anwar merupakan satu-satunya calon yang menamakan diri bagi jawatan berkenaan.

Proses pencalonan pemilihan PKR 2022 bermula Jumaat lepas sehingga Ahad bagi peringkat cabang manakala bagi jawatan tertinggi, proses pencalonan dilaksanakan semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button