Berita UtamaDunia

Filipina dibadai ribut, 24 maut

13,000 orang berlindung di pusat perlindungan kecemasan

MANILA, 10 Ramadan 1443H, Selasa – Sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di seluruh tengah dan selatan Filipina.

Agensi bencana berkata, lebih 13,000 orang menyelamatkan diri ke pusat perlindungan kecemasan ketika ribut Tropika Megi melanda wilayah yang terdedah kepada bencana pada Ahad lalu.

Ribut Tropika Megi – atau dikenali sebagai Agaton oleh penduduk tempatan – membadai pantai timur negara itu membawa hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan terjejas.

Wilayah tengah Leyte paling teruk terjejas, dengan tanah runtuh menyebabkan 21 orang terkorban di empat kampung, kata pegawai bencana Baybay City, Rhyse Austero kepada AFP.

Tiga lagi orang terbunuh di pulau utama selatan Mindanao, kata agensi bencana negara sebelum ini.

Gambar yang disiarkan di Facebook dan disahkan oleh AFP menunjukkan beberapa rumah di Bunga, salah satu kampung yang terjejas di wilayah Leyte, tertimbus dalam lumpur sehingga ke bumbung.

Ribut Tropika Megi dijangka lemah kepada 45km sejam dan bergerak semula ke laut pada Selasa, kata biro cuaca negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button